Monthly Theme 1X.com

Sudah terlalu lama rasanya aku tidak menjenguk-jenguk hobi aku yang satu ini (seni fotografi), semenjak aku menjinak-jinakkan diri dalam acara larian jarak jauh. Mungkin saja aku sudah lupa bagaimana melihat cahaya, komposisi, mood serta mengimbangi tiga benda asas dalam tetapan kamera; apertureshutter speedISO untuk menghasilkan gambar yang baik.

Okay-okay, aku bukan ingin bercerita tentang teknikal dalam fotografi yang pada hari ini ramai yang telah mengetahui tentangnya. Aku hanya ingin berkongsi tentang salah pertandingan fotografi peringkat komuniti yang dianjurkan oleh komuniti fotografi 1X.com, sebuah komuniti fotografi yang pada pendapat aku di antara yang terbaik di dunia, setakat hari ini (di-ulangi; pendapat peribadi aku). Bagi yang belum mengetahui mengenai komuniti fotografi yang diasaskan di negara Sweden ini, anda boleh melihatnya melalui pautan ini; www.1x.com. InsyaAllah, aku akan menulis sedikit review tentangnya pada masa akan datang, stay tune ya.

Pertandingan ini terbuka kepada ahli dalam 1X.com, ianya berasaskan tema bulanan yang dipilih oleh admin dan kurator di 1X. Sepanjang beberapa siri Monthly Theme mereka, aku telah memenangi dua daripadanya.

Yang pertama ialah tema ABSTRACT. Aku memenangi tempat yang kedua. Hadiah yang ditawarkan agak lumayan, bagi pemenang pertama, hadiah wang sebanyak USD250.00 berserta perisian Capture One Pro 8, phewwww…

screen-shot-2017-01-14-at-6-59-29-pm

screen-shot-2017-01-14-at-5-19-30-pm
1X.com Monthly Theme (ABSTRACT), 2nd place : Lihat keputusan keseluruhan.

Yang kedua, tema bulanan SEASCAPES. Masih belum rezeki aku untuk mendapat tempat pertama, nampaknya tempat yang kedua ini mungkin agak serasi dengan aku ;p. Untuk tema SEASCAPE kali ini, 1X.com tidak menawarkan hadiah wang tunai kepada pemenang, tetapi hadiah berbentuk barang peralatan fotografi daripada NiSi.

screen-shot-2017-01-14-at-6-58-55-pm

screen-shot-2017-01-14-at-5-18-37-pm

1X.com Monthly Theme (SEASCAPES), 2nd place : Lihat keputusan keseluruhan.

Kedua-dua tema bulanan yang aku menangi ini diadakan pada tahun 2016 yang lalu. Masa itu, aku sudah agak kurang melayan hobi fotografi, aku lebih banyak meluangkan masa dengan hobi larian.

Tahun 2017? Entahlah, mungkin aku perlu juga sekali sekala mengeluarkan kamera yang sudah sekian lama bersembunyi di dalam drybox, nanti lupa pula cara nak on kamera :p

13735808_1830557857173562_8352755777091685266_o
Sijil dan barang peralatan fotografi daripada NiSi dihantar sampai ke alamat aku, terima kasih 1X.com & NiSi. – Sejujurnya, aku belum lagi berkesempatan untuk test barang baik ini sehinggalah pada hari aku menulis post ini, ianya masih cantik tersadai dalam drybox aku sekarang 🙂

Anda meminati fotografi? Aku syorkan anda untuk menjenguk website 1X seperti pada awal-awal post ini. Di sana terdapat banyak sekali hasil seni fotografi daripada photographer-photographer hebat yang boleh dijadikan sumber rujukan dan inspirasi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s