Ruhiang-Kiulu Adventure Challenge 2017

Aku membuka tirai larian tahun 2017 ini dengan Ruhiang-Kiulu Adventure Challenge yang diadakan pada 15 Januari, iaitu sehari selepas hari ulang tahun kelahiranku. Boleh dikatakan tahun ini aku menyambut birthday dengan melakukan aktiviti kegemaranku, trail running.

Okay, sebelum itu, mari kita lihat sedikit info tentang Ruhiang-Kiulu Adventure Challenge 2017 ini. Secara umumnya, event ini terbahagi kepada dua kategori utama iaitu 23KM dan 10KM. Setiap kategori terbahagi pula kepada 4 sub-kategori iaitu men / women open, dan men / women veteren. Memandangkan aku sudah ‘ter’signup event Borneo Ultra Trail Marathon 100KM bulan Februari nanti, maka aku mengambil keputusan untuk menyertai kategori 23KM sebagai pemangkin semangat serta latihan tambahan untuk menempuhi acara 100KM tersebut.

rukiac2017_23k_route_1080_r2-01-1024x576
Peta laluan bagi kategori 23KM

rukiac2017_23k_elevation-01

Larian dimulakan pada jam 6.46 pagi (mengikut masa yang direkod dalam jam aku). Semua peserta elit tanpa berlengah memecut menuju ke Bukit Ruhiang. Perghhhh.. memang laju betul pelari-pelari elit ini berlari, kadang-kadang aku hairan, macam manalah mereka ini boleh laju sebegitu. Apa-apapun yang sebenarnya, semua orang berpeluang untuk memiliki kelajuan seperti mereka, asalkan ada disiplin, latihan yang betul dan kemahuan yang kuat, InsyaAllah boleh berpeluang berlari seiringan bersama mereka. Kedengaran mudahkan? Tetapi hakikatnya… Ianya bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi tidak mustahil untuk dicapai.

Setibanya aku bersama runner-runner yang lain di kaki Bukit Ruhiang, keadaan berubah serta merta, pace drop secara drastik, hampir semua orang yang ada bersama-sama aku ketika itu lebih gemar atau terpaksa memilih untuk berjalan kaki ketika mendaki Bukit Ruhiang yang setinggi lebih kurang hampir 300 meter ASL (above sea level). Jarak pendakian ini lebih kurang 800 meter sebelum sampai ke puncak bukit. Bunyi hembusan nafas jelas kedengaran dari segala sudut (termasuklah aku), dan kadar diameter lubang hidung pun bertambah, tidak cukup dengan itu, mulut pun dinganga seluas-luasnya untuk membenarkan oksigen masuk ke paru-paru dengan lebih efisyen. Beginilah kebiasaannya yang berlaku kepada runner-runner, cuma yang membezakan fitness dan kelajuan di antara satu dengan yang lain. Yang elit, boleh bergerak dengan lebih pantas berbanding dengan newbie seperti aku dengan intensity yang sama atau kurang daripada intensity yang aku buat.

Pendakian diteruskan, pergerakan agak perlahan kerana laluan yang sempit, sehinggalah tiba di puncak bukit. Setelah sampai di puncak bukit, satu persatu runner memulakan larian dan mula menjarakkan diri di antara semua lain. Beberapa runner melewati aku, aku mengekalkan steady pace, strategi aku sama seperti mana-mana event trail yang aku join sebelum ini, baca: race report TMBT 50KM Ultra Trail 2016.

16105674_1234220520001885_8270873781120847579_n
100 meter ke puncak Bukit Perahu, Tamparuli – foto: Gregory Gating Augustine

Antara perkara yang menarik tentang trail running ini ialah pemandangan alam sekitar yang menakjubkan, cabaran yang ditempuhi boleh dikatakan sangat berbeza berbanding road running kerana terpaksa melalui route yang mencabar seperting single track (denai). Mungkin cabaran dan kelainan inilah yang membuatkan semakin ramai yang menyukai aktiviti trail running ini, ianya satu perkembangan yang baik untuk sukan endurance di negara kita amnya.

Setelah beberapa lama, akhirnya aku berjaya menamatkan larian dengan catatan masa 3:06:19.2. Aku terpaksa akur dengan catatan masa tersebut walaupun pada awalnya aku target untuk menyiapkannya di bawah tiga jam. Namun, ada beberapa perkara yang kita rancang tidak menghasilkan seperti yang kita kehendaki. Lebih kurang sekitar kilometer ke 15, lutut kanan aku (sebelah luar) mula sakit seperti ada sesuatu yang menyucuk ke dalam. Simpton kesakitan seperti ITB, tapi aku kurang pasti, sebab aku tidak pernah mengalami keadaan yang seumpamanya sebelum ini. Kesakitan kali ini agak berbeza dengan kesakitan yang aku alami sewaktu Bring Me To Buayan 50km yang lalu. Selepas beberapa hari, akhirnya kesakitan itu beransur-ansur hilang, syukurlah, memang agak merisaukan jika ianya berterusan kerana kurang daripada 40 hari selepas acara ini, acara Borneo Ultra Trail Marathon 100km pula menanti. Sekiranya kecederaan tidak pulih, maka ada dua kemungkinan sahaja, iaitu DNS atau DNF.

Secara keseluruhan, Ruhiang-Kiulu Adventure Challenge 2017 ini agak well organized. Mungkin ada sedikit kesulitan yang dialami oleh runner semasa mengambil race pack di Bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK). Runner terpaksa beratur dengan jangka masa yang agak panjang kerana pengagihan race pack tidak dibuat dengan teratur dan sistematik seperti tahun-tahun sebelum ini. Walaubagaimanapun, penganjur telah memberikan penjelasan tentang kesulitan tersebut dan telah memohon maaf secara rasmi di laman facebook mereka. Pada pendapat aku, sikap penganjur ini boleh dijadikan contoh kepada sebilangan kecil penganjur-penganjur lain yang lebih gemar menyalahkan keadaan daripada meminta maaf atas kelemahan mereka.

Itu sahaja untuk kali ini,aku masih dalam mood nervous menanti event yang seterusnya.

Jumpa di entri yang akan datang, InsyaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s