Running

Ruhiang-Kiulu Adventure Challenge 2017

Aku membuka tirai larian tahun 2017 ini dengan Ruhiang-Kiulu Adventure Challenge yang diadakan pada 15 Januari, iaitu sehari selepas hari ulang tahun kelahiranku. Boleh dikatakan tahun ini aku menyambut birthday dengan melakukan aktiviti kegemaranku, trail running.

Okay, sebelum itu, mari kita lihat sedikit info tentang Ruhiang-Kiulu Adventure Challenge 2017 ini. Secara umumnya, event ini terbahagi kepada dua kategori utama iaitu 23KM dan 10KM. Setiap kategori terbahagi pula kepada 4 sub-kategori iaitu men / women open, dan men / women veteren. Memandangkan aku sudah ‘ter’signup event Borneo Ultra Trail Marathon 100KM bulan Februari nanti, maka aku mengambil keputusan untuk menyertai kategori 23KM sebagai pemangkin semangat serta latihan tambahan untuk menempuhi acara 100KM tersebut.

rukiac2017_23k_route_1080_r2-01-1024x576

Peta laluan bagi kategori 23KM

rukiac2017_23k_elevation-01

Larian dimulakan pada jam 6.46 pagi (mengikut masa yang direkod dalam jam aku). Semua peserta elit tanpa berlengah memecut menuju ke Bukit Ruhiang. Perghhhh.. memang laju betul pelari-pelari elit ini berlari, kadang-kadang aku hairan, macam manalah mereka ini boleh laju sebegitu. Apa-apapun yang sebenarnya, semua orang berpeluang untuk memiliki kelajuan seperti mereka, asalkan ada disiplin, latihan yang betul dan kemahuan yang kuat, InsyaAllah boleh berpeluang berlari seiringan bersama mereka. Kedengaran mudahkan? Tetapi hakikatnya… Ianya bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi tidak mustahil untuk dicapai. Continue reading

TMBT 50KM Ultra Trail 2016

Colour Coil TMBT 2016

The Most Brutal Beautiful Thing (TMBT)

Borneo Ultra Trail Sdn. Bhd28/10/2016, jam 10 malam  — Kurang 10 jam sebelum acara TMBT, aku dan brother Musli memulakan perjalanan dari rumah menuju ke Kampung Lingkubang, Kota Belud yang menjadi lokasi starting line untuk TMBT 2016.

Setelah hampir dua jam setengah perjalanan menaiki land cruiser BG60 milik brother Musli melalui jalan Tamparuli, akhirnya kami tiba di Kampung Lingkubang sekitar jam 12.30 pagi. Setelah tiba di sana, kami segera mencari dan mengenal pasti lokasi starting line untuk acara esok. Selepas menjumpai lokasi starting line, aku dan adikku kembali ke kereta untuk berehat melelapkan mata. Jam pada waktu itu menunjukkan hampir pukul 1.00  pagi, bermakna aku ada kurang daripada 5 jam untuk tidur sebelum acara bermula jam 7 pagi pada keesokan harinya.

29/10/2016 — Seawal sekitar jam 5.30 pagi, bas yang membawa runner-runner yang menginap di hotel sudah membanjiri lokasi. Selain peserta tempatan; Sabah, Sarawak dan Semenanjung, terdapat beberapa peserta dari luar negara seperti Brunei, Indonesia, Thailand, Filipina, Australia, US, UK dan beberapa lagi negara luar yang lain. Boleh semak maklumat peserta di website Racematix di sini.

Musli sibuk membantu memeriksa semula mandatory kit yang perlu di bawa, sementara itu, aku mula mengambil sarapan ringan sebagai alas perut, memandangkan tiada drop bag disediakan bagi peserta kategori 50km, aku pastikan semua kelengkapan mencukupi untuk sampai ke finishing line.

img_5241

Ready for exploring the beautiful brutal trail

Antara barang keperluan yang ada dalam beg aku masa tu; rokok Era & mancis, Nuun, 2nd Surge energy gel, coklat Snickers, pain killer, handyplast, baju hujan, air 1 liter, handphone, emergency blanket, headlamp, earphone, reflective vest, blinking light. Continue reading