Art

Monthly Theme 1X.com

Sudah terlalu lama rasanya aku tidak menjenguk-jenguk hobi aku yang satu ini (seni fotografi), semenjak aku menjinak-jinakkan diri dalam acara larian jarak jauh. Mungkin saja aku sudah lupa bagaimana melihat cahaya, komposisi, mood serta mengimbangi tiga benda asas dalam tetapan kamera; apertureshutter speedISO untuk menghasilkan gambar yang baik.

Okay-okay, aku bukan ingin bercerita tentang teknikal dalam fotografi yang pada hari ini ramai yang telah mengetahui tentangnya. Aku hanya ingin berkongsi tentang salah pertandingan fotografi peringkat komuniti yang dianjurkan oleh komuniti fotografi 1X.com, sebuah komuniti fotografi yang pada pendapat aku di antara yang terbaik di dunia, setakat hari ini (di-ulangi; pendapat peribadi aku). Bagi yang belum mengetahui mengenai komuniti fotografi yang diasaskan di negara Sweden ini, anda boleh melihatnya melalui pautan ini; www.1x.com. InsyaAllah, aku akan menulis sedikit review tentangnya pada masa akan datang, stay tune ya.

Pertandingan ini terbuka kepada ahli dalam 1X.com, ianya berasaskan tema bulanan yang dipilih oleh admin dan kurator di 1X. Sepanjang beberapa siri Monthly Theme mereka, aku telah memenangi dua daripadanya. Continue reading